Sekali lagi bulan Jun menjadi bulan pilihan kami meluangkan masa bercuti bersama tambahan pula jatuh pada masa musim cuti sekolah selama 2 minggu. Seperti yang dirancang, kami memilih Kota Baharu, Kelantan destinasi pertama & kedua Kuala Terengganu, Terengganu destinasi kedua (Terengganu merupakan destinasi pilihan buat kali ke-3).
Perjalanan bermula pada jam 2 pagi (bersamaan 11/6/10)didulukan doa semoga perjalanan kami selamat sesungguhnya kami begitu excited sekali maklumlah belum pernah jejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang (ie : Kelantan). Kesian pulak suami yg terpaksa memandu sepanjang mlm cos aku belum pandai memandu kereta auto (kelakar kan)
Alhamdulillah perjalanan agak baik walaupun hujan turun dgn lebat di Pahang..ngeri gak rasanye cos cermin dpn (windshield) retak bak bunga raya bahana anak aku yg agak melampau melonjak kegembiraan meretakkannya. Kami bertakawal sahaja sepanjang perjalanan tu agar keadaan cermin x bertambah teruk. Syukur alhamdulillah semua berjln lancar - setelah hampir 5 jam memandu kami tiba di Gua Musang pd Jam 6.30 pg utk berehat) & setelah berehat selama 1 jam kami memulakan perjalanan menuju Kota Baharu. Dari Gua Musang ke Kota Baharu kami tersesat jalan, termasuk ke kawasan kampung yg mana akhirnye merupakan jalan mati di situ saje kami terbazir masa selama hampir 45 minit...tp seronok gak cos dpt melihat kampung org. Dan kami sempat juga singgah di stesyen keretapi Gua Musang & mengambil beberapa keping gambar buat kenangan.
Perjalanan diteruskan - setelah 3 jam lebih kami tiba di pusat bandar Kota Baharu - disepanjang perjalanan kami cuba juga mencari pusat servis kereta tp malangnya satu kedaipun x dibuka cos hari Jumaat - terkedu sekejap. Tawakal je la tp seronok x terkata walaupun kami mengantuk & penat tanpa membuang masa kami terus ke destinasi pertama iaitu Pasar Siti Khadijah & sempat la juga membeli serba sedikit barangan yg dijual di situ.
Singgah sekejap cuma cos kami keletihan terus bergerak mencari resorts yg sudahpun ditempah pd bln May 2010 iaitu Pantai Cahaya Bulan Resorts .
Jalan P.C.B., P.O. Box 131, 15710 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Malaysia.
Tel: +609-7742020 Fax : +609-7732676
Email : info@pcbresort.com.my
website : http://www.pcbresort.com.my/
Kami menuju ke destinasi berpandukan map di bawah ini:-
Di sekitar Kota Baharu
Susah btl nak snap Jam Besar ni, cos btl2 terletak di bulatan jalanraya so terpaksa suami aku stopkan keta tepi jalan demi nak memenuhi permintaan isteri dia ni..hehehe
Dataran Al-Quran - menarik sungguh binaan tiang2 besar dimana terdpt replika berupa Al-quran di atas beberapa tiang. Merupakan mercu tanda bandaraya Islam Kota Baharu.
Di sini juga ada kereta kuda & kuda yang boleh disewa. Anak2 dptlah juga mencuba menunggang kuda untuk pertama kalinya. Along nmpk agak takut tp si adik berlagak nak tunggang sendiri..mcm teror...tp x leh bahaya adik ooooiiiiii...perghhhh cuaca panas gilers ..asyik membeli air ajer utk basahkan tekak...tp kitaorg enjoy :-)
Gambar layang-layang ni diambil di Pantai Cahaya Bulan. X leh nak stay lelama cos panas gilers....x tahan woooooo boleh migraine aku dibuatnye.....
No comments:
Post a Comment