Tuesday, June 22, 2010

Percutian ke Pantai Timur : Kuala Terengganu, Terengganu (13/06/10 - 15/06/10)

Check out dr PCB Resorts jam 11.30 pg, 1 jam awal dr masa yg ditetapkan & terus bergerak ke Pasar Siti Khadijah sbb blm puas bershopping & kami terus lunch di situ.
Bertolak dr Kota Baharu jam 2.30 pm menuju Kuala Terengganu. Kami jangkakan akan sampai di sana dlm masa 3 jam tp mengambil masa lebih dr tu...jalan agak sesak maklum la kenderaan byk ekoran musim cuti sekolah.

Kami tiba di Kuala Terengganu jam 6.45 pm, sblm tu sudah beberapa kali pekerja resort di KT menelefon utk memastikan tempahan bilik resort. Alhamdulillah, jam 7 pm kami selamat sampai di Qurata Riverside Resort, Kuala Ibai, KT. Resort nipun ditempah oleh biras yg mana kebetulan berada di KT pd awal bln Jun yg lalu gara2 resort2 yg lain 'Fully Booked'. Ada peristiwa yg agak mencuit hati setiba di resort ni...nak kata malu pun ada...geli hati pun ada....disbbkan agak lewat tiba...aku berjalan pantas menuju ke kaunter dpn....& x semena2 masa menaiki anak tangga aku leh terjatuh....mcm nangka busuk daaaaaaaa........suami & anak2 tolong gelakkan...tp nasib baik la budak2 front desk tu x gelakkan aku...hehehehhee...terpaksa la aku tebalkan muka.....dptla kenangan bengkak & lebam di tulang kering kaki aku...sakit wooooo..

Bil resort dibayar penuh & kami mendpt bilik bernombor 5. (gambar akan diupload soon)
2 single Bed (kami gabungkan menjadi satu) /4 Bantal (mintak extra 2 -f.o.c) /Aircond & kipas/ TV/ Cerek Eletrik/ Almari/ Sejadah/ Tempat kasut / Tempat beg




Qurata Riverside Resorts















Dari pandangan hadapan (in front view)

























Sampan dijadikan sebagai hiasan





































































































































































Kami masuk tidur agak awal cos masing2 keletihan. Esoknye aku berjaga awal & solat subuh - langsung x leh nak tidur lagi...anak2 masih berdengkur...ssh btl nak kejutkan bebudak ni...akhirnya bangun gak....jam 9.00 am kami bergerak menuju Taman Tamadun Islam (di mana penah missed x leh masuk cos kami dtg pd hari ia ditutup iaitu setiap hari Selasa). (to be continued .....gambar akan diupload soon)





























Taman Tamadun Islam






















































Singgah sekejap di Muzium Negeri (gambar akan diupload soon)

Sunday, June 20, 2010

Percutian ke Pantai Timur : Kota Baharu, Kelantan (11/06/10 - 13/06/10)

Sekali lagi bulan Jun menjadi bulan pilihan kami meluangkan masa bercuti bersama tambahan pula jatuh pada masa musim cuti sekolah selama 2 minggu. Seperti yang dirancang, kami memilih Kota Baharu, Kelantan destinasi pertama & kedua Kuala Terengganu, Terengganu destinasi kedua (Terengganu merupakan destinasi pilihan buat kali ke-3).

Perjalanan bermula pada jam 2 pagi (bersamaan 11/6/10)didulukan doa semoga perjalanan kami selamat sesungguhnya kami begitu excited sekali maklumlah belum pernah jejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang (ie : Kelantan). Kesian pulak suami yg terpaksa memandu sepanjang mlm cos aku belum pandai memandu kereta auto (kelakar kan)

Alhamdulillah perjalanan agak baik walaupun hujan turun dgn lebat di Pahang..ngeri gak rasanye cos cermin dpn (windshield) retak bak bunga raya bahana anak aku yg agak melampau melonjak kegembiraan meretakkannya. Kami bertakawal sahaja sepanjang perjalanan tu agar keadaan cermin x bertambah teruk. Syukur alhamdulillah semua berjln lancar - setelah hampir 5 jam memandu kami tiba di Gua Musang pd Jam 6.30 pg utk berehat) & setelah berehat selama 1 jam kami memulakan perjalanan menuju Kota Baharu. Dari Gua Musang ke Kota Baharu kami tersesat jalan, termasuk ke kawasan kampung yg mana akhirnye merupakan jalan mati di situ saje kami terbazir masa selama hampir 45 minit...tp seronok gak cos dpt melihat kampung org. Dan kami sempat juga singgah di stesyen keretapi Gua Musang & mengambil beberapa keping gambar buat kenangan.































Perjalanan diteruskan - setelah 3 jam lebih kami tiba di pusat bandar Kota Baharu - disepanjang perjalanan kami cuba juga mencari pusat servis kereta tp malangnya satu kedaipun x dibuka cos hari Jumaat - terkedu sekejap. Tawakal je la tp seronok x terkata walaupun kami mengantuk & penat tanpa membuang masa kami terus ke destinasi pertama iaitu Pasar Siti Khadijah & sempat la juga membeli serba sedikit barangan yg dijual di situ.






















Singgah sekejap cuma cos kami keletihan terus bergerak mencari resorts yg sudahpun ditempah pd bln May 2010 iaitu Pantai Cahaya Bulan Resorts .


Jalan P.C.B., P.O. Box 131, 15710 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Malaysia.

Tel: +609-7742020 Fax : +609-7732676

Email : info@pcbresort.com.my

website : http://www.pcbresort.com.my/


Kami menuju ke destinasi berpandukan map di bawah ini:-
















































Di sekitar Kota Baharu
















Susah btl nak snap Jam Besar ni, cos btl2 terletak di bulatan jalanraya so terpaksa suami aku stopkan keta tepi jalan demi nak memenuhi permintaan isteri dia ni..hehehe




















Dataran Al-Quran - menarik sungguh binaan tiang2 besar dimana terdpt replika berupa Al-quran di atas beberapa tiang. Merupakan mercu tanda bandaraya Islam Kota Baharu.
Di sini juga ada kereta kuda & kuda yang boleh disewa. Anak2 dptlah juga mencuba menunggang kuda untuk pertama kalinya. Along nmpk agak takut tp si adik berlagak nak tunggang sendiri..mcm teror...tp x leh bahaya adik ooooiiiiii...perghhhh cuaca panas gilers ..asyik membeli air ajer utk basahkan tekak...tp kitaorg enjoy :-)

















Gambar layang-layang ni diambil di Pantai Cahaya Bulan. X leh nak stay lelama cos panas gilers....x tahan woooooo boleh migraine aku dibuatnye.....